remi gaillard,remi gaillard pacman,remi gaillard footremi ,gaillard soccerremi, gaillard footballremi ,gaillard kangaroo

Jika anda seorang yang suka mengisikan masa lapang dengan menonton video-video menarik di Youtube,rasanya PKE tidak perlu memperkenalkan lagi seorang penghibur maya yang terkenal dengan aksi terlampaunya ketika mengenakan orang sehingga beliau digelar “Prankstar”.Orang yang PKE maksudkan ini ialah Remi Gaillard ,Si gila yang terlampau.

Kepada sesiapa yang masih belum mengenali Remi Gaillard,untuk pengetahuan anda semua,beliau ini berasal dari Montpellier,Perancis dan terkenal dengan aksinya yang suka mengenakan sesiapa sahaja yang diingini tanpa mengira darjat mahupun pangkat (polis juga tidak terkecuali).Para penonton di Youtube menjadi saksi kepada kenakalan beliau ini sehinggalah beliau mejadi selebriti yang terkenal di Youtube.Berpegang kepada moto “C’est en faisant n’importe quoi qu’on deviant n’importe qui” yang bermaksud “Buatlah apa sahaja untuk menjadi sesiapa yang anda mahukan”,beliau sememangnya berani untuk menjadi apa sahaja untuk berhibur.Perilakunya yang gila-gila dan kreatif menjadi trademark kepada video beliau .

Idea penghasilan video-video ini tercetus daripada saat beliau diberhentikan kerja di kedai kasut .Mungkin disebabkan faktor sikap agaknya menyebabkan beliau diberhentikan..hehe.Disebabkan rasa bosan dan inginkan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan untuk mengisikan masa lapang menjadikan beliau terfikir untuk membuat video seperti ini.

Sejak Bila Remi Gaillard terkenal
Remi ini mula menjadi terkenal dan mendapat perhatian media di Perancis setelah beliau menampilkan video-video prank yang sangat pelik dan baru terutama video dimana beliau menyamar sebagai Pemain bola sepak bagi kelab Lorient pada aksi final Coupe de France 2002.Pada ketika itu,beliau dengan selambanya memasuki padang dan meraikan kemenangan dengan pasukan Lorient.Yang peliknya,beliau bukan sahaja berjaya menipu Presiden Perancis ketika itu iaitu En Jacques Chirac ketika upacara penyampaian hadiah,malahan kesemua orang yang berada disitu termasuklah pemain dan jurulatih yang juga turut tertipu dan tidak perasankan kehadiran beliau.Lebih menyayat hati,gambar beliau juga turut terpapar di kaca televisyen yang bersiaran secara langsung.Tragis bukan..
Antara Video-video beliau yang menarik:



Kelihatan juga sepanjang pembabitan Remi ketika bergiat aktif didalam penghasilan video hasil nukilan beliau,tidak pula kedengaran beliau didakwa walhal kebanyakan aktiviti yang beliau lakukan banyak melanggar undang-undang.Beliau juga dengan selambanya Berjaya melepasi kawalan keselamatan di beberapa aktiviti sukan,TV game show ,demonstrasi politik dan juga tempat tumpuan awam.

Anda berminat untuk menonton lebih banyak video Remi Gaillard,jemputlah singgah ke chanel beliau di pautan ini. (Klik sini)

Remi Gaillard Channel

Berikut pula merupakan senarai pautan selebriti Youtube yang pernah diulas oleh PKE.Jika anda berminat untuk membacanya,anda boleh klik pautan dibawah ini:

Anda Kenal Rhet dan Link
Anas Tahir : Intertainer Malaysia
Mat Salleh Belacan dan Paku Berbahasa Melayu
Moymoy Palaboy : Menjadi Ikon di Filipina Disebabkan Youtube
Teacher Shida : Selebriti Youtube Terbaru
Siapa Ben Bradshaw a.k.a Gigi Putih
Video Lawak dari Mat Luthfi90 a.k.a Mat Luthfi

Nota: Nampak juga sifat sebenar Remi Gaillard di video ini.Apa yang PKE dapat simpulkan tentang beliau,mungkin Remi ini seorang yang berkeyakinan tinggi,berani,gila-gila,kreatif,berkemahiran bermain bola sepak gaya bebas (free style),dan juga bersahaja.Dari sudut negatif pula,Nampak sangat yang beliau ini seorang yang kurang ajar,suka memperkotak katikkan undang-undang dan sukakan cabaran yang melampau.

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)

Pejuang Kesenian Extreme

Seorang blogger yang berasal dari Muar,Johor.Berblogging sejak dari tahun 2009,mula menulis blog selepas terfikir yang blog ini adalah platform yang sesuai sekali untuk PKE berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang lain disamping menjadi pusat penyimpanan segala fakta buat diri PKE yang juga seorang pelupa. Hee~

More Posts - Website - Twitter - Facebook

Entri lain yang menarik

DITULIS OLEH Pejuang Kesenian Extreme 24 KOMEN

Komen Entri Melalui Facebook

24 Ulasan Setakat Ini.

  1. emanThehalia says:

    pergh gilebetul video 1st tu haha! seb baek die terel men bola wakakka

  2. haha hari tu aku baru jumpa dan layan video dia ni, baru layan part kat elevator..boleh lak ada disco elevator keh3
    tengkorak emas Entri terkini…4 jenis pemimpin

  3. Ismail N says:

    Nasib baik ler tak de yg hot temper kat jalanraya dan lift tu.. Kalau tak..sap ler dia. Btw, hebat jugak skill bola dia?

  4. mijae says:

    makhluk ni mmg terrer bola sepak..cube search kat youtube..foot remi gaillard
    mijae Entri terkini…Pengakuan Ekslusif- kembar Fahrin Ahmad telah dikenalpasti

  5. zik says:

    jarang2 ada aku dengar orang pelik macam nie… ish2..
    zik Entri terkini…Perlawanan malaysia vs pakistan 2nd leg 2011 – ramalan anda

  6. emanThehalia says:

    haha weyh sal gurl tu kan. ko bace lik komen. dah jumpe dah pon blog die. haha mmg betul firasat aku die blogger hahaha

  7. syahrilhafiz says:

    emm memang gila, boleh tahan gak dia ni.
    banyak benda boleh buat..
    syahrilhafiz Entri terkini…My Chemical Romance – “Na Na Na”

  8. decrewz says:

    Huh biau betul mamt nih.. nanti Jai nak cubalah cara dia menyamar, masuk dalam harimau muda..hu3
    decrewz Entri terkini…Buffered Earning Yang ke-5

  9. Hisyam says:

    haha.dah penah tengok video dia ni. memang giler2 lah.
    Hisyam Entri terkini…Dah Cukup 3 Tahun- Yay!

  10. elly says:

    ade time france lawan ngn team ape ntah..
    bola tampar..
    tngah nyayi lagu negara..tibe2 die leh terselit skali.. ^^
    elly Entri terkini…GNA – I Already Miss You MP3-MV

  11. nash says:

    actually aku xberminat sgt ngan video2 yg dibuat n dipost dalam u tube… hehhehee..
    cayalah mamat ni… mmg gile sewel kot.. tp femes :-P
    nash Entri terkini…Inilah Kekasih Aku Korang ada

Sila tinggalkan komen


CommentLuv badge

Pengiklanan