mlm,multi level marketing, program penipu
Semua orang cintakan duit.Semua orang sayangkan duit.Walau bagaimana teruk sekalipun mereka dihambakan oleh duit,kepingan kertas yang bernilai itu tetap dicari oleh mereka.Siapalah tidak sukakan duit.Betul tak? kerana duitlah kita dapat berseronok,kerana duit jugalah kita dapat membeli segala macam benda yang kita inginkan.Jangan terlupa juga kerana duit juga kita menjadi papa. Jadi sudahkah anda semua nampak peranan duit?

Allah turunkan segala macam nikmat didunia ini,tugas kita sebagai manusia ciptaan dia pula menikmati pemberian yang maha esa turunkan.Jika kita berusaha lebih untuk mencari, maka lebihlah yang kita dapat. Jika kurang usaha yang kita lakukan,maka ciputlah nikmat yang tuhan berikan.Kalau kita tidak berusaha? Usah risau,allah itu maha adil lagi maha penyayang. Allah sudah menetapkan rezeki bagi setiap makhluk ciptaannya.Anda akan dapat hak anda.Tetapi tidaklah semewah orang yang berusaha.

Pada hari yang mulia ini,PKE ingin bercerita dengan anda semua mengenai MLM,program Multi Level Marketing yang disangka sudah pupus ditelan dek zaman kerana ketidak releven sistem ini dijalankan, tetapi ternyata sangkaan PKE meleset. Program “orang tipu orang” ini semakin giat dijalankan secara senyap diserata malaysia dengan pelbagai nama dan tipu helah,pelbagai target dan pelbagai produk. Semuanya atas nama “Perniagaan“. Apa yang bagus sangat dengan MLM ni?

Cukuplah sekadar PKE mengatakan secara umum sahaja didalam entri ini (tidak mengatakan nama produk dan program) kerana PKE percaya golongan-golongan mamat dan minah-minah yang berada didalam kumpulan atasan didalam program MLM ini pasti akan naik angin selepas membaca entri ini. Mereka pasti akan mengkritik dan mengherdik PKE jika PKE mengatakan secara langsung didalam dunia maya ini yang MLM sememangnya program penipu. Eh silap,bukan program penipu.Sebaliknya,MLM merupakan program jangka pendek yang mengejar keuntungan dengan mengajar ahlinya untuk menipu. Eh tak payah la pening kepala,cakap je la program ini ada kena mengena dengan perkataan “PENIPU”. Ye dak?

Berapa ramai orang yang berjaya dengan program ini? Umm,susah nak cakap.Ada yang berjaya dan ada juga yang tidak.Peratusan mereka yang berjaya ketika menyertai MLM ini tersangatlah sedikit.Ahli yang selebihnya hanyalah suam-suam kuku dan gigit kuku. Duit dari ratusan ringgit ke ribuan ringgit hilang begitu sahaja. Ada yang balik modal dan ada juga yang tidak.Abis bagaimana cara anda hendak dapatkan balik duit yang anda laburkan? Cara ialah dengan tipu orang lain. Senang dan ringkas.Padat dan tepat.Lagipun memang macam ni pun program ini berjalan.

multi level marketing,mlm,gambar duit,duit malaysia

Konsep MLM

Buat pengetahuan anda semua,walaupun program MLM diluar sana mempunyai nama dan modul operandi yang berbeza,namun konsepnya tetap sama. Anda masuk program ini,anda kena cari orang lain untuk mendaftar dibawah anda.jika anda tidak dapat mencari orang dibawah anda,tidak dapatlah anda sumber kewangan.Jika anda dapat mencari orang untuk mendaftar dibawah anda,maka dapatlah anda keuntungan yang lumayan. Mungkin berlipat kali ganda daripada modal yang anda keluarkan.Ya memang benar kebanyakan program MLM di luar sana menjual produk fizikal. Akan tetapi program ini kebanyakannya lebih menitik beratkan pencarian ahli baru (downline) untuk mengembangkan perniagaan berbanding berusaha untuk menjual produk.Malahan,kebanyakan sistem yang mereka guna berbentuk sistem piramid dimana orang berada diatas lebih beruntung daripada orang dibawah.Jadi tidak hairanlah ramai juga orang kaya dari program MLM (jika mereka menjadi orang teratas didalam sistem piramid).

Mungkin anda juga mampu menjadikan orang kaya segera jika berusaha untuk menjadi orang atasan didalam sistem piramid.Bayangkan anda ada awek keliling pinggang,jalan dengan busana penuh bergaya,berkereta mewah,dan sebagainya.Alangkah indahnya..hehe. Tapi anda kena pandai bercakap dan juga pandai menipulah.Kalau tidak,tak merasa la korang dapat macam ni.

Cara menjalankan MLM

Sekarang ini bermacam-macam program yang terdapat diluar sana,dengan motto dan produk yang pelbagai,bermacam-macam cara mereka gunakan untuk menarik orang ramai diluar sana untuk menjadi ahli baru didalam program mereka. jika dahulu program duit diatas angin begitu terkenal sekali diantara penggiatnya (tanpa penjualan produk),kini perkara seperti itu jarang sekali dijalankan.Ini kerana mereka sedar yang perniagaan tanpa produk tidak lagi releven dimasa sekarang .Jadi mereka menukarkan pula strategi perniagaan dengan menjual produk-produk yang bersesuaian. Diantaranya dengan cara menjual slot kedai web di internetlah,jual produk kesihatan,kopi, kertas soalan yang entah apa-apalah,dan bermacam-macam lagilah.Semuanya menggunakan teknik yang sama,cuma nama sahaja yang berbeza.

Target MLM

Bergantung kepada visi dan jenis perniagaan MLM,kebanyakan daripada program ini mempunyai target ahli baru mereka yang tersendiri.Ada yang lebih tertumpu kepada golongan muda dan ada yang lebih tertumpu kepada golongan yang sudah bekerja.Walau bagaimanapun,buat masa ini PKE dapati kebanyakan program MLM berhampiran dengan PKE menyasarkan kepada golongan remaja a.k.a golongan pelajar. Ini kerana golongan ini adalah golongan yang tergolong didalam kumpulan yang mudah teruja dengan duit yang berkepuk-kepuk dan senang untuk dimanipulasi oleh golongan-golongan tertentu demi mencapai objektif yang mereka inginkan.Siapa yang tak nak duit kan bila terdengar jumlah duit yang lumayan yang kita bakal terima jika kita menyertai program ini.Lagi-lagi golongan pelajarlah yang sering menghadapi masalah kewangan yang agak kritikal disebabkan pengurusan kewangan yang kurang baik.

Kenapa anda menjadi golongan sasaran

Minta maaf jika PKE terkasar bahasa.Pada kebiasaannya kita semua tertipu untuk menyertai program ini dek kerana didorong oleh hawa nafsu yang tamak dengan duit yang berkepuk-kepuk tanpa berfikir panjang dengan benda dan risiko yang anda terpaksa hadapi.Anda percaya anda mampu melakukan hal yang kedengaran agak senang ini dengan jayanya walaupun secara realitinya ia satu pekerjaan yang agak sukar.Untuk menghasilkan keuntungan yang berpanjangan,anda perlu cari dan cari orang.tiada orang yang berada dibawah anda bermakna tiada wang untuk anda.Jadi anda terpaksa membelit orang dengan kata-kata supaya duit akan terus masuk kedalam poket anda.Syukurlah jika anda yang membelit,bagaimana pula jika anda yang terbelit?

Lagipun,seperti yang PKE katakan didalam perenggan yang sebelum ini,produk yang dijual ini hanyalah sekadar bayangan sahaja.Masakan tidak,komisyen yang anda terima untuk menarik ahli baru (downline) lebih tinggi berbanding komisyen produk.Jadi buat apa kita hendak menangkap ikan yang kecil jika kita berkemampuan untuk menangkap ikan yang lebih besar.Lagipun ikan yang besar lebih mendatangkan keuntungan.Betul tak?

Siapa Kata MLM Penipu?

PKE yang kata MLM penipu. Memang benarlah anda patut digelar penipu kerana menyorokkan realiti yang sebenar tentang MLM.Anda sekadar menyatakan perkara yang baik-baik sahaja tentang MLM tanpa mengatakan risiko yang terpaksa yang dihadapi oleh mereka (ahli baru terbabit).Anda berceritalah seperti seorang datuk yang menerangkan tentang projek bernilai berjuta-juta kepada ahli lembaga pengarah sedangkan benda-benda buruk yang terpaksa dihadapi oleh mereka tidak diceritakan.Mana taknya,duit mereka akan masuk kepoket anda. Jika anda berjaya mendapatkan duit ahli baru,maka lepaslah tugas anda dan terkapai-kapailah ahli baru terbabit mencari ahli yang lebih baru dengan hanya berpandukan panduan yang anda sediakan.Adilkah macam tu?

Modul Operandi MLM

Kebiasaannya mereka bukan datang kepada anda merayu-rayu meminta agar anda memasuki program yang mereka sediakan,sebaliknya anda datang berjumpa dengan mereka untuk mendengar cerita tentang program yang anda bakal masuk ini. Mungkin budak-budak hingusan yang baru masuk dan tak ada idea nak cari pelabur akan merayu-rayu kepada anda,tetapi bukan yang senior.Bagi mereka yang begelar senior,mereka lebih bijak dalam mengaturkan kata-kata.Jadi anda pasti akan dihidangkan dengan cerita-cerita yang bakal menjadikan anda teruja dan akan berkata dalam hati Wow!!,rugi aku tak masuk program ni.

Seperti biasa ada beberapa perkara yang akan disentuh oleh mereka jika anda berminat untuk menyertai program MLM ini. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Mereka akan bertanyakan kepada anda tentang diri anda.
2. Kemudian mereka akan bercerita tentang program mereka (seperti biasa cerita yang hebat-hebat belaka)
3. Kemudian mereka akan bertanya kepada anda,anda tidak bosan ke hidup macam ni. (tak teringin ke nak kaya)
4. Kemudian mereka akan sibuk menyampaikan cerita auta (aku ni dulu miskin,sekarang kaya -contohlah)
5. Kemudian mereka akan memperkenalkan mereka yang berjaya dengan program itu kepada anda.
6. kemudian mereka akan bertanya kepada anda bila agaknya anda akan masuk.
7. Kemudian anda akan memberi jawapan yang kurang meyakinkan.
8. Mereka pula akan meyakinkan anda selepas itu dengan memberi kata-kata motivasi dan cara-cara bagaimana anda hendak mendapatkan duit sebagai wang pendaftaran.
9. Anda akan berada didalam keadaan serba salah sama ada hendak menyertai atau tidak.

Kes Tamat

Mungkin ada diantara anda yang berpendapat

“wow,rugi kita tak join ni wei,lumayan gila.Kau bayangkan dalam seminggu kita boleh tarik 2 orang.Tak payah banyak la,2 orang je,sebulan kita dah dapat berapa RM??itu kita cerita kalau 2 orang.kalau kita dapat lebih? Lebih juga fulus yang kita dapat”.Kalau tak dapat tak apa,kita jual je la produk yang kita kena jual ni.

(bercerita sambil membayangkan kesenangan yang kita bakal dapat)

tension,tekanan perasaan,masalah kewangan,pening kepala

Kebiasaannya jika anda berminat atau dalam erti kata lain berkeadaan 50/50,mesti anda sedikit runsing kerana peluang yang ada tidak boleh dilepaskan.Anda yakin jika anda berusaha,anda pasti akan mendapat pulangan modal anda dan kemungkinan besar untuk anda kaya adalah tinggi.Tapi ada pula beberapa masalah yang menghalang anda daripada menyertai program berkenaan.Antaranya adalah seperti berikut:

1.Masalah Kewangan 

Masalah kewangan adalah penyebab kebanyakan orang berfikir dua tiga kali untuk menyertai MLM ini. Untuk menyertai program MLM ini,anda memerlukan modal yang besar untuk mendaftar sebagai ahli.Harga yuran pula bergantung kepada jenis MLM . Ayat biasa yang mereka keluarkan: “ini Yuran seumur hidup”.

(Biasalah,kononnya nak berniaga,modal mesti kena ada) 

Anda semua pasti akan berada didalam kebingungan. Manakan tidaknya,mereka yang menyertai program MLM kebiasaannya berminat untuk mencari duit lebih.Kebanyakan daripada mereka ini juga kebiasaannya menghadapi sedikit masalah kewangan untuk menyediakan wang pendaftaran.Jadi memang adatlah perkara seperti ini berlaku.

2.Ragu-ragu

Satu sebab lagi,anda berasa ragu dengan sistem MLM ini.Mampukah ia menjana kewangan?mampukah anda menjalankan sistem ini dengan mencari downline dibawah anda? Anda juga terfikir adakah MLM ni mendapat pulangan lumayan seperti yang digempurkan?

jika anda ragu-ragu,maka terhasillah jawapan seperti berikut:

1. Tak apalah wei,kau join dulu,nanti agak-agak kau dah maju nanti aku join.
2. Tak pe la,sorry la aku kurang berminat la benda-benda macam ni.
3. Aku sebenarnya macam berminat,tapi tu la masalah duit.Apa kata kau pakai duit kau dulu,nanti bila aku dapat untung aku bayar balik.
4. Aku nak masuk,tapi betul ke boleh dapat untung macam tu je.Senangnya kerja.Dengan bercakap pun boleh dapat duit.
5. Dan jawapan-jawapan lain yang sewaktu dengannya. 

Itu antara jawapan yang mungkin anda berikan kepada agen-agen MLM ini. Tapi tahukah anda yang sesetengah program MLM menyediakan “Skema Jawapan” kepada ahlinya.PKE sendiri pernah memegang buku skema jawapan program **** * **** yang menyenaraikan jawapan-jawapan yang mungkin diberikan oleh anda kepada agen MLM.Nampak sangat yang mereka membuat kajian secara mendalam tentang jawapan yang anda berikan. Sebagai contohnya seperti jawapan diatas (lebih kurang la,bukan 100% sama).Jadi jawapan anda sememangnya dijangka oleh mereka.

INGAT!!,mereka perlukan downline,anda perlukan duit. Duit anda bakal menjadi milik mereka,panduan mencari duit mengikut sistem mereka pula bakal menjadi milik anda. Jadi begitulah sistem MLM berfungsi.Sudikah anda menjadi sebahagian daripada mereka.

Beberapa fakta menarik

1. Tahukah anda ahli MLM yang baik mempunyai kepakaran berbicara yang begitu tinggi.Andaikata mereka mengatakan KLCC itu diperbuat daripada emas,mereka akan menerangkan secara terperinci mengapa mereka kata KLCC itu diperbuat daripada emas.
2.Tahukah anda agen MLM mempunyai tahap “Muka tak tahu malu” paling tinggi.Ini terbukti dengan cara mereka bekerja.Walaupun mereka dimaki berbakul-bakul,dicaci dan juga dihina,mereka masih lagi setia bersama MLM.
3. Setiap ahli MLM memang setia dan fanatik degan program mereka.Jadi jangan sesekali menghina skim mereka walaupun skim ini berselindung disebalik slogan “orang tipu orang”.
4. Setiap ahli MLM mempunyai daya psiko yang sangat tinggi. Mereka berkata seperti biasa tetapi anda rasa terpaksa untuk menyertai program terbabit.jadi berhati-hatilah.
5. Tahukah anda setiap ahli MLM yang berjaya wajib menayangkan aset yang mereka ada. Pinjam atau sendiri punya itu belakang cerita.Yang penting gempak.
6.Tahukah anda setiap ahli MLM yang baru mempunyai perasaan teruja yang begitu tinggi. Namun begitu perasaan teruja terbabit hilang selepas dikecewakan dengan cara penarikan orang yang tidak berkesan.
7.Tahukah anda,walaupun MLM ini berbentuk sistem piramid,orang MLM mati balik hidup tidak akan mengaku apa yang mereka amalkan itu adalah sistem piramid. (walaupun apa yang mereka terangkan itu ada unsur piramid)
8. Tahukah anda MLM terkenal dengan ayat berikut:

Aku ni cuma nak tolong saudara sesama Islam je.
– Ye la,aku dah senang.Takkan tak nak tengok kawan-kawan senang juga kan.
– Takkan kau tak nak jadi kaya.
– Inilah salah satu kaedah yang digunakan untuk menaikkan taraf ekonomi orang melayu.
– Dan banyak lagi. (semua ahli MLM sepesen je)
9. Tahukah anda mereka diluar sana yang membaca entri ini,selepas ini jika ada sesiapa yang mengajak anda untuk menyertai MLM,anda pasti akan menyertainya.
10. Tahukah anda mereka-mereka yang menyertai MLM pasti akan menyesal dikemudian hari kerana bukan semua orang dikurniakan bakal menipu . =P

Ini adalah entri pandangan dan berdasarkan pengalaman sahaja.Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang keburukan MLM dengan lebih ilmiah,anda boleh melayari pautan ini. Keburukan Perniagaan MLM

Itu sahaja penerangan PKE mengenai program MLM ini.Jika anda ada pendapat yang menyokong ataupun membangkang entri ini,anda boleh kemukakan diruangan komen.

MLM kebiasaanya mengambil kesempatan terhadap semangat kawan dan keluarga
Lagipun MLM terlalu bagus untuk jadi kenyataan
Ye dak?
Jadi berhati-hatilah.

Nota: Kalau anda perasan,orang MLM ni memang suka pamerkan kemewahan.Tapi tak pasti pula kemewahan itu memang hak dia atau pinjam je.Sebagai contoh mempamerkan kereta yang power dan hp yang mahal dilaman facebook dan blog. Geli je tengok.
(Tapi kalau hak sendiri tak geli)

++ Klik untuk tau sumber cari duit melalui blog++

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: +3 (from 3 votes)
Multi Level Marketing (MLM) | Program Orang Tipu Orang, 10.0 out of 10 based on 1 rating

Pejuang Kesenian Extreme

Seorang blogger yang berasal dari Muar,Johor.Berblogging sejak dari tahun 2009,mula menulis blog selepas terfikir yang blog ini adalah platform yang sesuai sekali untuk PKE berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang lain disamping menjadi pusat penyimpanan segala fakta buat diri PKE yang juga seorang pelupa. Hee~

More Posts - Website - Twitter - Facebook

Entri menarik yang mungkin anda suka...

DITULIS OLEH Pejuang Kesenian Extreme 73 KOMEN

Komen Entri Melalui Facebook

73 Ulasan Setakat Ini.

  1. Izzat Aziz says:

    Setuju sangat dengan artikel ni, bukanya nak mengat MLM ke apa, tapi bagi aku MLM ni dia jual ‘hope’, kalau join jadi tu, jadi ni, dia bagi macam-macam janji, bila dah join, kalau orang tu berjaya kerana dia banyak kenalan ke apa, diorang akan masuk jadi geng.

    Kalau yang tak berjaya, dah baru nak start, tak de connection banyak, kena tinggal, terkapai-kapai kat tepi, pahtu geng-geng yang berjaya ni akan kata, dia yang tak nak berusaha. Duh uh?
    Izzat Aziz Entri terkini…Post yang bagus, kemana menghilang?

    • Yap,betul yang bro cakap.Kebanyakannya menjual hope.Lagipun,mereka mempunyai misi mereka sendiri dan misi tersebut adalah mendapatkan downline dengan apa cara sekalipun…Walaupun dengan menggunakan tipu helah..

      Jadi bila kita katakan tentang tipu helah,maka mulalah auta berapi-api.Chong sana chong sini sampai pendaftar baru tadi berada dialam fantasi.Tapi bila dah mendaftar dan berpijak dibumi realiti,maka baru nampak harapan hanya tinggal harapan.Tak seindah yang dijanjikan pun..

      • xxxxx says:

        apa hal la kome ni benci sgt MLM…yg join nye depe bukan kome…xpayahla nk kutok2 rezeki orang…kalau kome ckp MLM tu haram asal HPA elok jew ad sampai skang…HPA uh haram kew..susu kambing uh haram kew…so pkir2 la dlu sebelom cakap…HPA tu menipu jgk erk??xtawla plak..haha..kelaka2…kome ni benci MLM sebab penah kene tipu kew atau saje2 jew benci…len kali lantak la deme nk join pape pon…yg kome keje nan kerajaan uh xgune sistem piramid kew…pnah gaji orang2 bawah bole potong gaji boss…xpenah aq denga..haha…

  2. Abuya Hayat says:

    PKE, satu entri yang bagus mengupas tentang isu yang menjahanamkan Melayu ini.

    Satu lagi taktik diorang, menggunakan agama dan ayat-ayat Quran untuk mencanangkan program diorang.

    Untuk MLM, Melayu jangan baik hati sangat fikir nak tolong kawan/sedara pasal salah satu taktik yang MLM guna untuk ‘brainwash’ diorang punya agent, suruh cari downline dari golongan kawan/keluarga.

    Kalau nak maklumat terperinci pasal MLM, boleh baca kat blog Aidid
    Abuya Hayat Entri terkini…Anak Kucing Oren Comel Lucu (6 Gambar)

    • Terima kasih Abuya kerana sudi membaca entri ini.

      Ya betul,adakalanya mereka ada menggunakan ayat-ayat al-quran untuk menyokong pendapat dan kata-kata mereka. Menghina pekerjaan orang yang hendak ditarik pun satu hal..

      Oh ya,pasal blog Aidid tu,saya dah baca dah..TU memang anti MLM habis tu..hehe

  3. anif says:

    Itulah hakikat sebenar MLM yang perlu semua tahu..
    anif Entri terkini…Sengaja Mencari Isu

  4. bro pna di closing kt dowang ke br0?
    the sun daily Entri terkini…Reflection Writing 1 | Example Reflection Essasy For PPISMP Student

  5. fauzi says:

    too good to be true.
    setiap hari mesti lekat carian pasal mlm kat eden punye blog, biasanya berkenaan score a, hai 0 dengan qnet.

    yang mendakwa mlm yang mereka sertai halal, sudah habis baca garis panduan MLM Syariah JAKIM? boleh kata 99% MLM yang ada di Malaysia tak lepas garis panduan yang JAKIM keluarkan.

    • Betul tu fauzi,terlalu bagus untuk jadi kenyataan..
      La kenapa pulak? Ada tulis pasal MLM ke?? hehe

      Memang betul tak silap PKE pada tahun 2006,majlis fatwa mewartakan MLM ini boleh disertai oleh umat islam..Tapi adakah MLM yang ada sekarang ni sudah menepati syarak?

      • fauzi says:

        ada tulis berkenaan MLM di blog. cuma tak sangka akhir2 ni artikel berkaitan MLM ni ramai pulak yang cari di blog.

        Mungkin sebab fenomena aidid muaddib kot. saya pun mula tulis lepas baca blog aidid. Sebab rasa perlu sangat, memandangkan ada la asas sikit2 dalam muamalat ni. nak komen bahagian produk ke, sains, saya tak pandai.

        Jadi fokus utama penulisan tentang MLM banyak dari segi muamalat Islam.

        Fatwa harus tu dah lama. Cuma harus tu, perlu beberapa kriteria mesti dipatuhi. Susulan fatwa itu adalah Garis panduan MLM syariah yang dikeluarkan oleh JAKIM.

        Bila baca garis panduan tu, memang banyak sangat kontra dengan amalan majoriti MLM sekarang.
        fauzi Entri terkini…Fitrah anak lebih sayangkan Ibu

  6. cha naslin says:

    menyirap je bila dengar pasal MLM.. pernah terkena dulu. im a student. ramai gak yg terkena dgn MLM ni. malas nk citer panjang. perabih dut org, penipu, sume keje dia. sampaikan gara2 benda ni, prsahabatan kitorang dak kelas jadik hancho…

    sume taktik2 yg dtaip kat atas tu, betul . sume mulut manis, nak tlg bangsa melayu konon, tlg seagama, kejadah sume tu. hmmm…

    *sory, terEMO lak kat sini -_-” hoho. tumpang ye..
    cha naslin Entri terkini…ABPH 2011 SACC MALL > TERsinggah =p

    • Tak pe,nak emo2 kat sini tak kesah pun..hehe
      Lagipun,ramai lagi manusia diluar sana yang tertipu dengan MLM..
      Biasalah bro,kerana duit,segala macam benda boleh diketepikan..Pasal halal haram,kawan2..itu semua apa ada hal..

  7. 1. MLM ada yang boleh pakai dan ada yang boleh tendang masuk dalam tong sampah.

    2. Selalunya MLM yang legit dia fokus lebih kepada jualan, insentif dan komisyen jualan lebih bagus dari rekrut ahli baru.

    3. Yang tak bagusnya program head hunting yang guna nama MLM, dan selalunya mereka tak nak mengaku pun yang mereka ni MLM. Contohnya, geng-geng MLM ni tengah memandang seekor monyet, kemudian dia menerangkan bahwa apa yang dia pandang bukanlah seekor monyet walaupun penerangan 100% adalah menerangkan ia adalah seekor monyet.

    4. Kalau nak buat duit dengan MLM, kena standby satu jumlah amount yang kita tak kisah akan burn, sebab mostly duit yang kita laburkan tu gerenti tak akan dapat balik.

    5. Aku tak suka MLM macam ni,silap2 boleh hilang kawan, keluarga dan saudara mara.
    sabree hussin Entri terkini…Politik Di Tempat Kerja, Siapa Mangsa Dan Siapa Pemangsa?

    • Head hunting dengan MLM rasanya dah sebati dah Bang Sabree..Sebagaimana irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan,begitu jugalah head hunting dengan MLM..

      Betul,kerana MLM,kita akan hilang kawan,keluarga dan mungkin juga saudara mara.Orang akan mula menjauhkan diri daripada kita dan mula berpura-pura didepan kita (kononnya cuba layan seperti biasa)..

      Apa yang saya nampak,kelihatannya MLM lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan..

      • fauzi says:

        Betul, head hunting ni memang dah sebati dengan MLM.

        Walaupun MLM ade panel syariah, macam score A. tapi dalam penilaian itu juga ada mengatakan kemungkinan sistem itu dimanipulasi ada. Tak silap ada disebut dalam penilaian patuh syariah score A.
        (masak kepala nak baca sampai habis)

        Contoh lain: dalam HPA, walaupun ada syariah panel, tapi head hunting ni memang boleh berlaku, dan sering berlaku.
        fauzi Entri terkini…Fitrah anak lebih sayangkan Ibu

  8. yankumi says:

    entri kali nie menarik abg PKE..MLM nie ramai org tak percaya dah..nak duit kerja ma..bukan nak duit tarik orang ma..apa2 pun thnks for info..^_^

    • Sory la yankumi abang tulis entri panjang berjela-jela..Mesti bosan kan..hehe

      Memang la ramai org tau tentang keburukan MLM ni,tapi masih ramai lagi org diluar sana yang tertipu dengan program MLM ini walaupun bermacam-macam pendedahan sudah dibuat…Nak buat macam mana kan.. :(

      • yankumi says:

        saya baru terkena MLm nie..memang betul kata abg PKE,diaorg nie pandai bertutur kata..smpaikan tak terbalas kita dibuatnya,..mereka nie jenis,selagi tak dapat,selagi tu dia akan kejar kita..memang betul glgn yg join kebanyakannya peljar2..dan jgn terkejut yg jadi jutawan pun muda2 berlaka..MLm nie bermbh rumit bila berkait dgn kawan2 terutamanya!masakan tidak gara2 benda nie pshbatan blh putus..nasib baik la dah baca entri PKE nie..kalau tidak,susah ler saya nk cari 2 org,lepas tu labur duit smpai 2k..ish2.udah ler nk topap pun payah nkan 2k..bazir2.thnks alot PKE.. :)

  9. muazfaris says:

    yang penting yg plg kaya sape yang start dulu dan plg ramai downline.. last2 .. duk hujung tu yg rugi ..
    muazfaris Entri terkini…Dapat tiket percuma ke Showcase Native Deen 2012 bernilai RM105 tu!

  10. titan says:

    emm..kena cara, senang nak buat duit dengan MLM ni..
    titan Entri terkini…Anak ayam berkaki empat yang kacak

  11. bardboo says:

    setuju sangat2! saya kalau boleh memang tak nak dekat dengan orang MLM ni..nanti kerjanya asyik nak ajak kita jadi downline dia je..pastu yang paling menyampah, status kat fb pakat nak menunjuk dia beli itu beli ini..terus unfriend je orang camtu..huhu…
    bardboo Entri terkini…Apa Faedah Jadi Blogger?

  12. zool says:

    Tu le pasal. Ramai yang lebur duit ngan MLM ni…
    zool Entri terkini…Rumah Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Yeoh Tiong Lay

  13. hafizmd says:

    Mmg byk MLM sekarang. Bersepah. Dari segenap produk. Pendidikan smpailah produk jus2 segala bagai. Ok, tak lupa projek pergi umrah.

    Semuanya diMLMkan dgn nama agama,bangsa dan kemajuan ekonomi ummah.

    Hakikatnya, semuanya seperti yg bro PKE tulis kat atas. Jadinya, aku 100000% setuju ngn artikel ni.
    hafizmd Entri terkini…Projek Review Blog di Alexa.com Bermula

    • Sebenarnya memang ada benefit kepada syarikat jika membuat sistem MLM ini,produk mereka akan berkembang dengan pesat..Tapi ada keburukan juga..Keburukan yang mungkin membuatkan syarikat terbabit tutup.Jadi nak buat untung jangka pendek atau jangka panjang?hehe

      100000%?? banyak tu..hehe
      Terima kasih..

  14. b3njy says:

    Program ‘MLM’ (Malam) ini memang memalapkan orang ramai, kompom punya … :-D Entah kenapa mereka suka menipu dan suka cari orang dibawah mereka ? alangkah baiknya mereka menjual prodak tersebut … hahaha. Yang bestnya selepas jadi members hilang punca tak tahu apa nak buat. Menang betul cari 2 orang je … ingat senagkah nak cari 2 orang yang nak join… kalau 2 orang yang saja2 lepak sembang2 bolehlah … tetapi kalau nak join setengah orang pun susah OOooo. Selagi manusia masih boleh melahirkan anak selagi tu ‘MLM’ hudup kerana anak yang akan membesar akan menjadi mangsa mereka …. hehehe . Tidak dapat dinafikan program MALAM ni memang bahaya …. :-D
    b3njy Entri terkini…LIVERPOOL VS CARDIFF CITY | CARLING CUP FINAL 2012

  15. shatmashuri says:

    bile sebul MLM je.. msti sume panas… cube angkat tangan .. spe yg xpenh join MLM.. hehehe.. rse.. rmai rakyt malaysia penh join.. bende nie patut diharamkan..

  16. fakhruddin says:

    saya pernah tertipu ngn MLM ni sbelum jadi blogger…
    malunya rasa…kenapa la bleh jadi bodoh camni..
    fakhruddin Entri terkini…[ Perlawanan Bola Sepak ]Artis Malaysia & VVIP KAFA Kelantan

  17. kyuubi says:

    x pernah percaya pun dgn MLM
    kyuubi Entri terkini…Selepas Lisa Surihani, Giliran Anna Raffali Pula Berkhawin

  18. samdaddycool says:

    Kesian kepada mangsa-mansa mlm yang sangkut hutang dgn bank beribu-ribu ringgit akibat janji manis upline mereka satu masa dulu..
    samdaddycool Entri terkini…Puas kan nafsu suami

  19. rahman says:

    hanya orang yang bersungguh sungguh akan berjaya dalam MLM. org yang nak cepat kaya kalau menyertai MLM mesti akan tersungkur. datuk stapa adalah contoh terbaik.
    rahman Entri terkini…Senaraikan Zulfadli Zulkifli di piala Thomas

    • fauzi says:

      i disagree
      the mlm system already a problem
      there is only slight difference between MLM and pyramid scheme
      islamic scholars eg: wahbah zuhaily also disagree with nowadays MLM system.
      because the plan can be easily manipulate
      fauzi Entri terkini…Fitrah anak lebih sayangkan Ibu

  20. Amirul says:

    Tapi aku ingat lagi ak uada sorang member yang taksub dengan MLM ni. Jumpa kawan2, habis dia cerita pasal MLM. Sampai kitorang tak nak jumpa dia dah
    Amirul Entri terkini…Jiwa Sejuk: Tips Untuk Mengurangkan Perbelanjaan Majlis Perkahwinan Supaya Anda Tidak Makan Pasir Bersama Isteri Selepas Tamat Majlis Perkahwinan

  21. MR.Z says:

    benda syubhah patut dielakkan untuk selamat, saya pun banyak tak clear pasal MLM ni..
    MR.Z Entri terkini…Photography Outing Bersama Ustaz Azhar Idrus di Pulau Pangkor

  22. fina fento says:

    pernah terjebak dengan MLM ni. Register nama Kak Fina tapi mak yang bayarkan sebab malu alah dengan kawan dia..last – last berkubur camtu je..
    fina fento Entri terkini…[Gambar] Sehari bersama PUSPANITA Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar dan PUSPANITA Cawangan Langkawi Part #2

  23. Hans says:

    wah….hebat penangan entri ko nih Mir…hehehe… :)
    Hans Entri terkini…Review Filem Cinta Kura-Kura

  24. Haziq says:

    Tahniah .. Anda telah “membuka” mata-mata masyarakat…. Alhamdullilah ada insan seperti anda(Admin)..
    Saya cadangkan kepada anda sebarkan artikel ini ke surat khabar , media , dan lain2 .. supaya semua orang akan tahu .. saya tabik gler kalau admin post kat paper .. post jgn tak post taw .. semua orang patut tahu kan ? web anda ada di rank top 1million dlm dunia (rank 734,953) .. so , tak ramai yg lihat ..
    itupun jika anda rasa maklumat ini perfectly betul dan tidak boleh disangkal lagi .. sebab sya kagum kerana anda benar2 berani menyampaikan maklumat ini. jadi ‘alang2 menyeluk perkasam biar sampai jadi arang’
    ye dak ? hehe ..

    di situ anda akan lihat respon seramai 35% jutawan di malaysia yg hasilnya dari MLM(“tipu orang”).. atau mungkin dari negara-negara lain ..

    • Aik,panas hati ke bro??? hahaha..
      Btw,ranking tu ranking blog,bukan ranking entri..Jadi ia memang tak bawa langsung effect kat entry ni..jangan risau,entri ni memang dah masuk kat google dah pun..sedang memperbaiki seo untuk memberi kesan maksima kepada enjin pencari (so org blh kenal MLM mcm mana)..

      tentang nak sebarkan artikel ni,terpulang kepada pembaca nak sebarkan atau tidak.Kalau nak harapkan PKE sebarkan memang dak la..Pasal entri ni berbentuk pandangan peribadi,bukan suka-suka nak cerita buruk tentang org ke..Sebab tu tulis dalam blog je.. Kalau ahli2 MLM lain ada yang tak puas hati,silakan la datang kat sini dan berikan hujah mereka. Nak harapkan PKE tukar pandangan dan pendirian memang tidak la.Tapi kalau mereka datang secara baik dan memberi hujah kebaikan MLM ,dipersilakan,kedatangan mereka sangat2 dialukan..

      Ramai org dah terkena bro,sebab tu MLM dipandang serong oleh aku.Mungkin juga masyarakat. walaupun bukan semua yang buat macam tu,”kerana ni setitik rosak susu sebelanga “. Susu dah rosak,jadi buat apa nak minum lagi kan..

      Haziq dah masuk MLM kan,sudah tentu haziq tau macam mana MLM dijalankan..Tak ada trick MLM memang tak boleh pergi…

      • fauzi says:

        yeah, maybe mlmers can’t see the main point here. to be a millionnaire, an upline need thousands of downline to contribute by buying product as maintenance. without downlines, they surely can’t succeed.

        many downline will be sacrificed to make the person millionnaire from a networking system.

        and many of mlmers miss to look at syariah aspect. seriously, many of MLM company in Malaysia fail to comply with Syariah Guidelines released by JAKIM
        fauzi Entri terkini…Fitrah anak lebih sayangkan Ibu

        • stevie gr says:

          ape kowg sume mrepek nie..bg ak mlm nie 1 platform yg sgt3x bgs utk dpt income dgn cepat..the best platform ever yg penah ak jmpe..cyezzly..ak br join score A 2 bulan..ak da dpt 14k..rilek jew..byk ckap ksong mcm kowg nie laa yg wat kowg x brjaye..pg dulu seminar usahawan bru kowg taw..kitowg xnk pown dwet kowg..tp nk tolong kowg..haha peace~~

  25. Fazreen says:

    Salam saudara azmir. Saya ada berkongsi pendapat saya tentang MLM di blog saya – artikel terbaru. Saya teringin lihat saudara menilai tentang saya sebagai seorang yang terlibat dalam perniagaan MLM. Adakah saya menipu atau sebaliknya. Adakah perniagaan saya menipu atau sebaliknya. Terima kasih. kerana kita bertukar pendapat sekali lagi. :)
    Fazreen Entri terkini…Saya Akan Ke Seminar Marketing Power

  26. Khidhir says:

    mlm adalah bende yg paling sy tak suka skali..
    Khidhir Entri terkini…Cara Menambah Kelajuan PC

  27. Eila says:

    Ada yang betulnyer…. Org2 yang merosakan MLM… MLM satu industry.. Sama Saja industry2 lain… Cuma cara kerjanya berbeza… 30% jutawan Malaysia lahir Dari MLM.. Sudah melebihi 100 Tahun usia MLM di dunia.. Dan di Malaysia DAH hampir 40 Tahun … So ini industry yang bagus… Cuba Kita tengok contoh syarikat2 pelopor yang menjalankan sistem MLM.. Amway, zhulian, Avon,CNI, Cosway,Herbalife,Tupperware, ….. Kenapa dulu x der org marah dengan MLM .. Sbb MLM dulu menyediakan product yang diperlukan pengguna..MLM x PERNAH TIPU ORANG… konsepnya.. Mudah… PENGGUNA DAPAT DUIT…Dan diberi komisyen apabila rekemen org guna product.. Itu sahaja… MASALAHNYA… Sekarang bnyak syarikat2 mempergunakan lesen MLM… product entah apa2.. Hanya cerita bab duit JER… Kadang2 product Maya pun org boleh tertipu sampai 10.. 20ribu… FIKIR2LAH… MLM ADALAH INDUSTRY… X SALAH APA2 PUN… PADA PENGGIAT YANG MENGAKU MLM.. YANG SELALU KETEPIKAN PRODUCT ASYIK CERITA DUIT JER .. HENTI2 KANLAH…. PADA YANG NAK TAHU MLM … TENGOK PRODUCT DULU ADAKAH IA PERLU UNTUK DIRI ANDA, AHLI KELUARGA ANDA, ATAU ADAKAH ORG DISEKELILING ANDA PERLU.. KALAU YA BARU JOIN…KITA BALIK PADA ASAS MLM GUNA DAN DAPAT DUIT…. SBB TU APAYANG PERLU ANDA KENA TENGOK MENGENAI MLM PALING PERTAMA ADALAH … PRODUCT… KE2… SYARIKAT…KE3.. BARULAH PLAN PEMASARAN……. Sahabat2ku… MLM banyak membantu meningkatkan economy org melayu.. Dan saya tak nafikan banyak juga yang melingkupkan org melayu dsbbkan tertipu dngn syarikat2 yang bertopengkan MLM… SAMA2 Kita fikirkan… INSYAALLAH… SETIAP USAHA PASTI ADA HASILNYA… JIKA JUJUR DAN IKHLAS PASTI ADA KEBERKATAN DARI ILAHI…. TQ…

    • fauzi says:

      MLM hari ini banyak yang bermasalah mengikut garis panduan MLM syariah JAKIM.
      Soal halal patutnya diberi keutamaan.

      Benar ada yang jutawan, tapi itu hasil dari ratusan dan ribuan downline yang kebanyakannya tak dapat apa-apa.
      fauzi Entri terkini…Fitrah anak lebih sayangkan Ibu

  28. budakserius says:

    MLM mmg bnda plingbodoh la spe join.hehe
    budakserius Entri terkini…Nak Makan Perlu Berbogel

  29. mlm ni kbykkannya tipoo.. :)
    Jebeng Otai™ Entri terkini…John Carter TS x264 CAM

  30. Haziq says:

    eila , saya setuju sangat dengan anda .. Sistem MLM kini yng menjadi pencemar industri MLM .. byangkanlah .. pendapatan negara sahaja mencecah 9 billion pada 2011 .. melebihi sawit dan getah ..
    tu dari segi ekonomi negara .. bagaimana negara nak mengharamkan MLM ini kalau ia memberi manfaat besar .. apa kata kita tumpang atas kekayaan Negara dek kerana industri ini tadi .. jadi , serba sedikit kita dapat tempias BILION tadi .. syukurlah .. mereka yng terlibat dlam mlm bukan bodoh . tapi , orang yang berimpian .. meraka yang kata bodoh itu adalah apa yng mereka mengata diri sendiri .. bagi mereka yang tak terlibat dengan MLM ini adalah orang yg tak pham .. tapi , kalau anda fham , sy bole kata kan anda berani untuk berhenti kerja .. kerja gila kan ? tapi , anda akan lakukan jika anda fham .. kalau nak fham .. jika anda tak berimpian .. anda rasa pendapatan anda cukup untuk sekarang .. teruskan kerja anda .. tapi , bila anda meninggal dunia kelak , saya bole jamin , yng anda sedang , mewariskan kemiskinan kepada ahli keluaraga anda .. anda ,mewariskan hutang .. sedari lah MLM dalah pekerjaan yg mulia ..

    • Nice one la saudara haziq..author article ini pon bukanlah seorang pakar Economy Negara pon smpai ramai sgt yg sependapat dgnnya..ade yg xtw pon what MLM is really all about pon..baru bace 8-9 article pasal keburukn MLM dh simplu judge MLM is SCAM piramid la tipu sana tipu sini..kadang2 klaka sbb SEMUANYA MELAYU yg suke COMMENT yg NEGATIF2 ni..KESIAN

      http://www.scoreatips.info

      tgk website saya, saya buat Score A Programme, mmg terkenal di internet dgn ke-MLM-nya,tapi kenapa saya boleh buat dia xjd typical MLM? NO REJECTION AT ALL..sy xpakse fmly n frens pon tok join,xdenye nak tarik dorg g preview business malam2,xde pon sy tipu income statement sy, xperlu pon sy nk brainwash kaw2 client saya..

      tgk website “MLM” Score A saya ni, only then YOU HAVE the RIGHT to JUDGE MLM

      http://www.scoreatips.info
      Neal Izham Sharifudin Entri terkini…PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

      • Minta maaf la saudara..

        Mereka dan saya bukannya golongan-golongan yang terpengaruh dengan 8-9 artikel yang sibuk mencanangkan tentang keburukan mlm seperti yang didakwa saudara tu..Sebaliknya semua ini berdasarkan pengalaman.Orang cakap pengalaman mendewasakan kita,sebab tu saya kata begitu.

        Lagipun,bukan SEMUA MELAYU berfikiran negatif seperti yang didakwa saudara itu. Buktinya,sampai sekarang masih ramai orang melayu diluar sana itu yang masih DITIPU walaupun ramai org diluar sana mengatakan skim yang mereka masuki itu adalah Scam.Sebab apa? Sebab tamak nak kayalah..

        Kata nak tolong melayu,tapi dia jadi penjahanam melayu

        Oh ya,Kalau betul saudara mendakwa diri saudara tak buat seperti yang didakwa tu,baguslah.. (walaupun saya meragui bab brainwash tu)..Tapi agak2nya macam mana dengan org MLM diluar sana?

        Saudara buar score a ye? Kat tmpat saya, org score A org yang paling ditakuti..Bukan sebab mengeruni mereka,sebaliknya sebab anoying dengan mereka. Mereka memaksa kita memasuki program mereka dengan melakukan brainwash,mengajak mangsa minum dikedai yang dipenuhi dengan kaum2 mereka SORANG2 (tanpa ajak kawan)dan macam2 lagi. Jengkel..Kalau boleh kami memang tak nak bertembung dengn mereka la..Walaupun kawan.
        (Ini saya cakap jujur,bukan tipu)

        Paksaan sudah sebati dengan MLM..
        Cakap la macam mana sekalipun,kalau saudara cakap saudara tak mengamal unsur paksaan dalam MLM,sesungguhnya saudara sekarang sedang melakukan 1 lagi penipuan..

        • Hai salam author! thanks a lot for replying! hihi..thank you kerana melontarkan idea dan pendapat peribadi anda..many thanks…

          ni sy comment smlm responsive gak rupenye blog saudara ni, i like~..

          ok,actually to be honest, mmg smlm sy blogwalking every post about Score A Mostly i mean from 27 different issues of articles,when they mention Score A,mmg semua yg negatif sy bace xde pon bende yg positive that i managed to catch on with..

          Let’s say what if, there is one parent yg tgh nk google pasal Score A untuk anak mereka yg nk ambik exam, then kt earch result semua pasal2 Score A tipu, Score A Scam,Score A menjatohkan umat, Score A “melalaikan”…dah terus ter-block mind die with all these nonsense stuff..to be real,sy bukan nak pro sgt2 Score A smpai xde sape can say NO to Score A, tp what im seeing is that you dont see Score A from the main side which the educational part..itu yg bg sy nonsense bg semua review pasal Score A kt internet and it is posted by someone that dont even USE the programme yet n maybe not even really understand what the programme is all about.. (give n take ok..ini hanya pendapat peribadi,sekiranya xsetuju sy ok je ;)

          second thing is, dah tgk http://www.scoreatips.info ? itu website Score A sy,baru tgh bikin2 blom invite guest lagi..sudi2 lah ye menjenguk..atau dlm erti kata lain “jemputla datang rumah” hihi

          ok to all readers, sorry if ur being offended with my comment above..”byk sgt sy comment smlm n ramai gak memberi pendapat dan pandangn mreke secara berhemah, itu bagi sy the main purpose or the good side of blogging..atleast anda dpt info sy pon info barula idea dan pemikiran bkembang and we can’t aspect our stand is ALWAYS RIGHT thats why we have to ask for opinion from others —>that will make u a better n wiser person..peace

          sy pon pd awl join Score A terasa annoying gak dak2 ni,ajak g preview kate ade bende best, smpai kt sane kene denga talk..tapi ape yg bestnye kt sini,walaupon yg diibarat kene “tipu” which i think majoriti commentator yg kene bende same mcm saye kene, sy xmembuang masa sy tp sy mendenga talk mereka dgn hati n minda yg terbuka eventhough sy still rase kene prank…tula yg bg sy, sayang mrke2 yg lain, dh la kene prank, then what they gained is totally negative..instead they look at the negative side, alaa dorg ni nk duit, ni sape mamat ni nk ckp pasal education, muke cm mat rempit ade hati nk ajar budak2 skolah..see kt sini tula yg saye nampak cmne nak memupuk pemkiran yg membangun..

          waahhh tetibe hot lak pasai Score Arnaaa…xdela..relax aje..if saudara dh tgk website sy nun, sy still alhamdulillah run score a business..or u can also check out my video presentation on Score A promotion http://www.youtube.com/watch?v=Uibf_GcmxVw

          n utk pengetahuan saudara saudari sekalian,byk kebaikan yg ade kt mane2 even bende itu buruk bg anda,mcm Score A pon on the 15months buat Score A frankly speaking income sy zero satu portal pon x terjual..so thus that mean Score A yg xelok?or sy yg buat xbetol cara pd awalnya?

          see now sy mampu menjual seminggu paling banyak 8 portal (kire utk 8 student both PMR n SPM )itu bgantung tahap ke-free-an sy sbb sy still belajar Degree in Civil Engineering kt UM n im the “chairman” in 2 main projects in UM..jd pengarah project ni bukan sonang kojonya lagikan ni sy handle 2 project TAPI sy still mampu buat Score A bukan partime, bukan fulltime tapi “freetime”…tula record paling best sy 8portal dlm seminggu which is the income for that week dlm rm4,750 tu sbb time sy free, kadang2 ade gak seminggu xdok income lgsg dah sy xbuat koje pape kan name pon koje freetime..

          again soalan sy, perluka Score A dibuat cara TYPICAL MLM? bg sy TIDAK ada caranya…sy sgt berharp yg mbca entry ni pengedar2 Score A mahupon MLM lain..atleast bukak minda mreka ke tahap luar dari kotak.

          again visit my site http://www.scoreatips.info n please drop me your comment i’d really appreciate it!

          Thanks for reading guys! ;)
          Neal Izham Sharifudin Entri terkini…PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

  31. bau ketiak says:

    diorang kenakan harga tinggi untuk join sebab memang takkan bertahan lama.

  32. Fifie Hirano says:

    Kecian org yg tertipu dgn MLM tu…
    Yang org semua masuk MLM tanpa mengenalpasti background syarikat, sistem dan plan marketing tu kenapa?? Kecian kecian kecian.. Lebih2 yg klu yg perlu maintain setiap bulan…Terpaksa beli jgk produk walaupun xde org nak… Nasib baiklah sy masuk company MLM yg xperlu maintain setiap bulan dan ada produk physical yg sangat bagus… Dan sy xpernah cari org pun… Sy just jual produk physical melalui blog dan website2 jer.. Tp dpt gak income yg lebih dr upline2 sy.. Walaupun sy adalah org yg dah masuk ahli ke 20k+++ tp still boleh kalahkan income 4 level upline sy… Syukur sgt sy bkn seperti mereka di luar sana yg tertipu dgn MLM..
    Fifie Hirano Entri terkini…Produk Kecantikan & Rawatan Muka Yang Pertama Di Asia

  33. HARA says:

    Syabas PKE, satu artikel yg sgt bernas dan menarik.Jujur dan ikhlas dari segi penyampaian.Konflik dalam perniagaan secara MLM,nampak semakin ketara dan membimbangkan.Teknik dan taktik MO mereka amat licik.Tidak keterlaluan jika saya katakan, ada produk2 yg ingin dijual itu adalah yang bermanfaat tetapi pembawa konsep MLM itulah yg menyumbangkan kepada kecelaruan. Lantas, banyaklah kedengaran aduan dan keraguan dikalangan ahli-ahli baru. Satu fenomena yg mana masih ramai tidak serik atau berfikir dua kali bila berdepan dengan janji manis utk menjana pendapatan yg tinggi dlm janka waktu yang singkat!!! sedeyyy….

  34. mashi says:

    PKE, sy stuju sgt2.bkn MLM jer termsk yg sm angkatan mcm UPTREND. bersepah kat mjalah n news papaer,dan lbh buat drh mdidih tu siap guna ayat keislaman spt ‘jihad ekonomi’ untuk meraih simpati orang. mereka bselindung di balik kata2 indah n pnh pgharapan.

Sila tinggalkan komen


CommentLuv badge

Pengiklanan