Semakin hari semakin berleluasa aktiviti penyebaran fitnah yang dianggap konspirasi oleh sesetengah pihak membabitkan sesuatu hal yang tidak diketahui hujung dan pangkalnya.Daripada hal yang membabitkan isu keagamaan seperti Konspirasi Freemason untuk menguasai dunia sehinggalah ke topik hiburan yang membabitkan Anugerah Juara Lagu sekali.Konspirasi yang terbaru pulak membabitkan watak kartun kesayangan Malaysia iaitu watak kartun Upin dan Ipin yang dikatakan ada menyelitkan unsur-unsur yang menyokong Yahudi.Walaupun dari benak fikiran seorang manusia normal mengatakan bahawa semua ini adalah perkara dusta semata-mata,tetapi percayalah akan ada manusia kudus yang akan percaya dengan konspirasi rekaan yang sememangnya dicipta buat manusia-manusia yang lemah untuk mempercayainya.Berikut merupakan petikan yang tersebar luas di ruangan laman sosial dan juga blog yang menfitnah Upin dan Ipin berserta sedikit ulasan berkenaan kenyataan tersebut.
**SEBELUM TU SAYA MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH..ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DAN BUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN…***
***AKU DAPAT PON SECARA TAK SENGAJA DARI WEB KONSPIRASI YAHUDI***
Sebutlah Uffin bukan Upin, Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud “Aku benci Rasul.”
Sebutlah Ariffin bukan Ipin, Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud ” Aku suka Israel .”Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf “U” pada baju Upin dan “I” pada baju Ipin.”U” bermaksud ” USA “”I” bermaksud ” Israel
Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,Digimon dan Mamula Moon.
LAGI SATU :
Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalah agenda yahudi. ‘ i ‘ pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ‘ Israel ‘ .4g pula bermaksud “god, gold, glory and girl”. kalu kamu benar2 cintakanAllah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solat kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.
1.Pemohonan maaf
Sememangnya satu tindakan yang bijak untuk memulakan perbicaraan dengan memohon maaf kepada semua peminat siri Upin dan Ipin disamping menyatakan yang hal ini masih didalam perhatian dan masih belum diketengahkan lagi.Adakah anda perasan yang anda sebenarnya sedang mengetengahkan cerita bohong ini .Yang pasti disebalik penulisan anda yang kelihatan agak bersopan santun dengan lagak agak baik,tersembul sifat kepura-puraan yang begitu menonjol didalam diri anda yang sememangnya berniat untuk menyebarkan fitnah .
2.Sebutan Uffin dan Ariffin
Sudah menjadi kebiasaan insan yang ingin memperbodoh-bodohkan orang untuk menulis maksud sesuatu perkataan yang dikira bahasa kuno atau dalam erti kata lain hampir pupus.Didalam kes ini,anda menggunakan bahasa Aramaic dan bahasa Syriac sebagai modal untuk berbicara bagi mengkotak katikkan pembaca.Adakah anda membuat kajian sebelum menulis?PKE tidak dapat menafikan yang bahasa Aramaic merupakan bahasa yang menjadi pilihan masyarakat dikawasan asia barat (Termasuk kerajaan Mesophotamia) sekitar abad ke 12 sebelum masihi,namun persoalannya disini,wujudkah bahasa Syriac??
(Syriac tu bukan bahasa la sayang oii,Syriac tu dialek bagi bahasa Aramaic)
3.Huruf “U” dan “I” di baju Upin dan Ipin
Jika anda mentafsirkan yang “U” bermaksud USA dan “I” sebagai Israel,PKE pula mentafsirkan “U” sebagai Uganda dan “I” sebagai India.Ada masalah?Ada perasaan tidak puas hati?
4.Agenda tersembunyi Upin dan Ipin
Dimanakah bahagian yang menunjukkan Upin dan Ipin ini mempunyai unsur-unsur agenda tersembunyi Yahudi sekaligus melemahkan/memesongkan akidah umat Islam.Adakah di tang gigi atau tang kukunya..Bagaimana pula pengajaran unsur-unsur Islamik yang diterapkan didalam cerita kartun ni.Pengajaran tentang doa makan,doa berbuka puasa,doa bersahur.Adakah itu unsur Yahudi??Kau ingat Upin dan Ipin ini keluaran MARVEL ke??
Pokemon,Doraemon,Digimon,dan Mamula Moon..TIMON <———Terlupa ke??Ada unsur-unsur yahudi ni..
Setelah puas memberi penerangan mengenai konspirasi Upin dan Ipin dengan alasan yang agak lemah,kini tibalah pula masanya bagi beliau untuk menyasarkan gajet yang menjadi kegilaan masyarakat diluar sana iaitu iPhone 4G.Jengkel..
Kita selaku pembaca yang begitu terdedah dengan pelbagai sumber diinternet hendaklah bijak untuk memilih maklumat.Di ruangan siber yang begitu meluas ini,pelbagai pembohongan boleh dilakukan baik secara terang-terangan mahupun secara halus.Sebagai contohnya kes Anugerah juara lagu dimana mereka yang taksub dengan konspirasi ini mendakwa kononnya acara tahunan tersebut mempunyai unsur illuminati dan Freemason..Begitu juga dengan kes Iklan TV3 yang telah ditarik balik.Padahal TV3 ini hanya bersifat kurang sensitiviti terhadap masyarakat kerana menyiarkan video seperti itu dihari perayaan Aidlilfiti.Itu sahaja.Sebaliknya mereka pula mereka cerita tentang itu la,tentang inilah sehingga mencipta satu huraian sendiri mengenai video tersebut.
Nota:Ada benda yang kita boleh baca sebagai pembacaan santai .Percaya jangan..
Entri Lain Yang Menarik :
Entri menarik yang mungkin anda suka...
|
|
|








idealogi aku mengatakan konspirasi yahudi tu sebenarnya konspirasi yahudi. supaya kita saling benci membenci.
aku pun ada write pasal benda creepy ni
Upi ipin juga konspirasi yahudi?
irah hajerah azman Entri terkini…Untuk BF yang Tak Berguna tu
Orang yang memulakan cerita ni..
Dia cakap upin ipin ni ada unsur yahudi..
Tapi dia keluar kenyataan tu,kenyataan dia yang ada unsur yahudi..unsu fitnah..
Kebetulan nama Upin dan Ipin ada didalam bahasa Hebrew. Perkara seperti ini tak sepatutnya mudah melatah. Kenapa percaya bulat-bulat tanpa mendengar fakta sebenarnya. Apa yang dapat dengan menaburkan fitnah yang tidak ada faedahnya. Kalau nak perhatikan filem sutradara Hollywood lagi busuk.
akubiomed Entri terkini…Tanda awal tekanan
itu la pasal..kena tahu sebenar2 nya dulu..
bukan ke…adoi..ape2 aje lah..
thank bro kongsi sini..
” betul3″..ada ke??hehe
Betul3 <——Jangan sebut tu..
nanti orang cakap ada unsur yahudi pulak..
ala.kesian upin ipin jadi mangsa..
tu sume permainan puak2 yahudi..
nak pecah belahkan org Islam..
iqa Entri terkini…GiveAway Domain From MelRomeoCom
Bukan salah yahudi pun.Salah orang kita yang cetek ilmunya..Rasanya ni nak sabotaj la..
upin -ipin pun ada masuk dalam yahudi??
zik Entri terkini…Hari raya aidiladha sambut 17 haribulan november 2010
Itulah yang tak logiknya..
tak pasal upin ipin yg jadik mangsanya…
Tu la..Mereka tidak bersalah..(dengan nada serius)
huhu..
benda2 macam nilah yang kesahihan nya diragui yang orang berlumba-lumba nak share kat facebook nun.. manusia manusia..
Betul3…(dah macam upin dengan ipin lak)
Cuma terkilan dengan mereka-mereka yang tidak dapat membezakan antara konspirasi dengan fitnah..
uik!
aku nk copy tak boleh so aku printscreen part y kaler kelabu tuh. ade dlm blog aku. mintak izin printscreen. jgn saman eh. aku dah bagi kredit kt blog ni hehehe
Kita tunggu kat mahkamah…hihih
boleh aje..
kes ni sama je macam kasut croc tu..macam2 anasir2 depa buat..kesian animasi malaysia baru nak naik..
pawaka19 Entri terkini…Selamat Ulang Tahun 1st Pawaka19 Blog
Bila dah dengki,macam ni la jadi..
orang Malaysia suka percaya kepada Gossip
itulah masalahnya
P/S:Apa Itu Exam? Hahahahaahaha
Lagi masalah dengan pembawa masalah ni..
Kamon la…takkan la upin ipin pun agenda yahudi kot??
NI la masalah orang Malaysia skg ni..sikit2 freemason, sikit2 iluminati… padahal benda tu hanya kebetulan ajer..aku tau la..aku dulu pernah training dengan dorang (Boleh tengok di entri ini..)..takde pulak aku nampak unsur2 keyahudian dalam opis dorang tu
Ini kebetulan ajer la…kalau ada agenda yahudi, dah lama upin ipin tu ajar supaya kurang ajar dengan orang tua, ajar cara2 mencuri, ajar cara2 supaya menjadi taksub kepada dunia..ada ke pernah dalam satu episod dorang ajar buat macam tu??
Bahkan dorang ajar cara hormati orang tua, ajar menyayangi binatang, ajar cara berharmoni antara kaum, ajar cara solat, cara baca doa sebelum bukak puasa…
Yang kerja buat animasi ni pun 90% budak melayu beragama Islam..bos dia pun tak nampak pulak macam ahli freemason ke iluminati ke secret sociaty ke bagai…camon la…bila melayu nak up sikit, ada la melayu lain nak kasi pelingkup
Apa2 hal pun pergi buat research dulu.. kesian kat dorang yang penat2 buat animation tu…
Peace!!!!
TheSharkox Entri terkini…Kesian- motor jadi ikan
Memang jelas nampak unsur2 dengki..Jangan risau..
kalau aku jd tokey freemason..mau senang lenang aku..org islam sendiri promo free2..haha..upin ipin pun kene jadi konspirasi? taksub ke bodoh ni..semua benda kait ngan freemason, yahudi..maka selepas ini huruf i diharamkan jawabnye..harap2 yg taksub sangat ngan Arrival tu sedar lah yek..anda sedang dipergunakan..
Bagi aku dah taksub,sebab tu jadi Bodoh..
@Pejuang Kesenian Extreme: ouch kalau macam tu memang la banyak konspirasi…
Tapi macam memundurkan pemikiran pula bila sikit2 kospirasi..rimas
kena pandai bezakan.
jgn obses, tu je kot
oowh…. semuanya nak jatuhkan produksi dan kreativiti rakyat malaysia..
jangan tengok pada namanya, tapi pada pengisiannya.. mcm upin n ipin. jgn tgk nama.. tengok apa yg cuba di sampaikan melalui slot setiap petang bulan ramadhan..
JohariHamzah[dot]Com Entri terkini…Artis Buat Hal
haha. lepas ni, keluar pulak. konspirasi bulan ramadhan dalam upin dan ipin. hehe.
Affan Entri terkini…Berhadapan dengan Pujian dan Keburukan Pujian
haha. aku dah agak.
ni mesti geng obses dgn konspirasi ni.
aku ada gak baca entry joegrimjoe pasal ni.
Affan Entri terkini…Berhadapan dengan Pujian dan Keburukan Pujian
salam… tul jugak kan… mmg biasenye p’bace akan trime bulat2 n terus sebar/share sbelum pkir n siasat btul ke x knyataan yg dikeluar’n… taksub, asal t’bace psl I*****, U**, F*******n dsbg memang ader yg cepat “melatah”…
bile pkir blk tul gak kn….. hmmmmmmmmm… xnak jadi cmtu la… trimas….
betul2..^^
bila nampak org maju ni perangai dengki tak habis habis.dah tak da kerja mengkaji sampai bahasa yg kita pun tak pernah dengar.
yahaya Entri terkini…Cara letak background pada tajuk posting
ini masalah generasi lama. generasi sekarang lebih celik ilmu dan bijak pandai.
dah terang2 maklumat tu fitnah. diharap tiada golongan yang camtu lagi dikalangan orang muda. Jika ada pun, bleh diklasifikasikan sebagai “culture shock” problem
Upin dan Ipin pun jadi mangsa… cetek pemikiran sungguh…
Sekarang upin ipin. Lepas ni apa pulak?
Boboiboy? Cepat sangat terpengaruh -_______-
Jika anda mentafsirkan yang “U” bermaksud USA dan “I” sebagai Israel,PKE pula mentafsirkan “U” sebagai Uganda dan “I” sebagai India.Ada masalah?Ada perasaan tidak puas hati?
—-
Knapa “U” dianggap sebagai Uganda dan “I” sebagai India?? Ada apa2 maksud tersirat & tersurat d sebalik itu..?
Tak ada..Itu sebagai contoh sahaja..
Kalau katakan tak nak tak pe,tukar nama lain…
U untuk Ukraine dan I untuk Iceland..
Ada banyak lagi negara yang start daripada huruf “U” dan “I”..
hehehe bagus bro punya entry, terbaik dari ladang!
kblog Entri terkini…Kerja Kosong KWSP
Terima kasih..hehe